Lebai Muhamadiah Muhammad Zain
Pendahuluan
Tokoh ulama Negeri Sembilan khasnya di daerah Jelebu yang ingin diperkenalkan ini adalah dua adik beradik iaitu Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain juga dikenali Tuan Muhamadiah Kiai dan adiknya Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain. Mereka berdua memang bertuah kerana dilahirkan dalam rumah tangga orang-orang alim. Datuknya Haji Muhamad Sholleh Bin Haji Chek Mahmud adalah penghafaz Al Quran yang alim dan pernah tinggal di Mekah Al Mukarramah selama 20 tahun. Asuhan awal dari keluarganya ini telah berjaya membentuk jiwanya dengan keperibadian luhur dan mulia ke atas anak cucunya.
Latar Belakang
Kedua tokoh ulama ini dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu. Bapa mereka Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah China Islam berasal dari Kuantung, China. Ibu mereka bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera.
Dikatakan bapa mereka Muhamad Zain telah dibawa berpindah oleh orang tuanya Haji Chek Muhamad Sholleh dari Temerloh, Pahang melalui jalan hutan. Mereka bukanlah penduduk asal negeri yang mengamalkan adat perpatih itu walaupun ibu mereka keturunan Minangkabau. Melalui percakapan ketika ditemubual, keluarga orang alim ini lebih mirip berloghat Pahang.
Kebanyakan mereka adalah tokoh agama kampung yang dipercayai. Lebai Muhammadiah anak yang keempat bergelar "Pak Teh" oleh anak-anak saudaranya. Manakala Haji Tan Ahmad adalah anak bongsu kepada enam adik beradik Kg Jerang terletak lebih kurang 3 Km dari Durian Tipus.
Durian Tipus sebelum ini adalah sebuah pekan yang agak sibuk dan didominasikan oleh Kaum China kerana terdapat kawasan penempatan Kampung Baru China di sini sewaktu dharurat dahulu. Menurut rekod sejarah yang ditulis dan maklumat penduduk setempat, anasir subersif PKM turut menjadikan penempatan ini sebagai tempat persembunyian. Tetapi selepas terjadi kebakaran besar akhir tahun 1970an, pekan ini telah dikosongkan dan sebuah pekan baru diwujudkan di Simpang Durian kira-kira 2 KM dari tapak asal.
Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain (1905-1968)
Allahyarham ini dilahirkan dalam tahun 1905. Masa kecilnya, bapanya amat mengambil perhatian tentang pendidikan agama anak-anak mereka. Setelah bersekolah Melayu di kampungnya, beliau dihantar bapanya mengaji di Panchor, Temerloh di bawah didikan Tuan Guru Haji Ahmad Hurairah. Lepas itu, beliau mengaji pula dengan Allahyarham Sheikh Haji Muhamad Said Al Linggi di Seremban selama 5 tahun. Adiknya Dato’ Tan Haji Ahmad bekas kadhi Durian Tipus pernah mendapat asuhan awal darinya.
Semoga roh beliau sentiasa dirahmati Allah SWT.
Keramah
Allahyarham pernah difitnah dan dituduh menyibarkan semangat anti Jepun di kalangan rakyat. Akibatnya beliau telah ditahan dalam sel Balai Polis Durian Tipus. Dalam masa tahanan itu, Lebai Muhamadiah menghabiskan masanya berzikir kepada Allah SWT. Wiridnya dikatakan telah mendatangkan kegerunan kepada polis Jepun yang mengawal sel tersebut dan akhirnya beliau dibebaskan. Bekas ketua kominis Melayu bernama Ibrahim Baba pernah berkata, banyak tempat dia boleh masuk tetapi beliau terhalang untuk memasuki Kampung Mertaus seolah-olah dipagar oleh lebai ini.
Allahyarham adalah pengamal tarekat Ahmadiah kerana pernah menuntut dengan Sheikh Muhamad Said Al Linggi.
Lebai Muhamadiah juga mempunyai kelebihan yang diberikan Allah iaitu beliau boleh membaca permasalahah orang yang datang berkunjung ke rumahnya. Allahyarham mengajar agama di banyak tempat dan pernah pula dilantik menjadi Ahli Majlis Syariah Negeri Sembilan di bawah Mufti Dato Hassan Sail.
Menurut menantunya Haji Jamal Abdul Rashid(3), iaitu pengalaman menarik bersama bapa mertuanya. Sewaktu beliau pulang bercuti sebagai tentera, Haji jamal melihat mertuanya bersiap memakai baju melayunya untuk keluar ke pekan. Dia menghulurkan duit sebanyak RM30.00 kepada bapa mertuanya. Tidak lama selepas itu beliau turut ke pekan untuk membeli barang dapur. Dari jauh dia melihat bapa mertuanya berdiri di tepi jalan di pekan itu. Kemudian dia mengamit seseorang dan memberikan duit RM30.00 itu kepada lelaki tersebut.
Setelah bapa mertuanya meninggal dunia, lelaki yang menerima wang itu menemui Haji Jamal dan mengatakan bahawa bapa mertuanya itu ‘kasyaf’. Lelaki itu yang dikenali Pak Bakar adalah berasal dari Terengganu dan menetap di Kampung Juntai tidak berjauhan dari Pekan Durian Tipus. Ketika kejadian itu musim hujan dan beliau tidak dapat keluar menoreh serta tidak mempunyai duit untuk membeli barang dapur. Isterinya menyuruh beliau pergi berjumpa Lebai Muhamad Diah yang mungkin boleh membantu mereka sekeluarga sebanyak RM30.00. Sewaktu Pak Bakar sampai ke pekan, dia melihat Almarhum Lebai Muhamadiah mengamitnya dan menghulurkan duit tersebut.
Suatu peristiwa yang lain Mat Nasir ( Mohd Nasir) anak ketiga kepada Lebai Muhamad Diah mengalami peristiwa yang dikatakan ‘boleh mencarik adat’. Bapanya menyuruh beliau keluar ke pekan dan duduk menunggu seseorang di kedai kopi milik Abdul Aziz Yunus ( sepupu Haji Jamal Abdul Rashid). Beberapa ketika, dia melihat seorang berkulit sedikit hitam membawa sebuah beg bulat. Pada pandangan mata Mat Nasir, orang itu dikelilingi cahaya. Beliau duduk meminta secawan teh, sebuku kuih pau dan sebatang rokok. Towkey kedai Abdul Aziz Yunus berkata perlu dibeli bukan diminta begitu sahaja. Mat Nasir cepat menyampuk untuk membayarkan apa yang diminta oleh tetamu yang dilihatnya terlalu asing itu.
Dia duduk berdekatan dan melihat orang seperti keturunan Arab itu menghabiskan air minuman dan kuih paunya. Mat Nasir berfikir kalau ada sedikit titisan sisa air minuman dan kuih itu akan dimakannya. Malangnya tiada berbaki. Orang asing itu menghisap rokok sekadarnya sahaja dan meletakkan rokoknya. Mat Nasir terus mengambil rokok tersebut dan menghisapnya. Tetamu itu hanya tersenyum dan pergi tanpa sepatah kata. Apabila balik ke rumah, bapanya bertanya apa yang Mat Nasir minta dengan orang itu. Dia menjawab hanya sempat menghisap rokok yang ditinggalkan.
“Itulah Nabi Khaidir” tegas bapanya.
Mat Nasir terkejut mendengar penjelasan bapanya. Sewaktu beliau ke anak sungai berdekatan rumahnya untuk berwuduk, kedua tangannya dikerumuni ikan-ikan seolah-olah berlumba-lumba untuk menyentuh jari jemari Mat Nasir.
Penyusun lakarkan kisah ini berdasarkan makluman dari anak-anak dan menantunya ketika berkunjung ke rumah mereka. Mat Nasir ketika ditemui telah uzur dan mengikuti catatan tarikh lahirnya di kad pengenalan lahir pada 5hb julai 1928. Kurang pendengaran dan sukar mengingati kisah lama. Cuma dia berkata bapanya tidak lama menjadi imam masjid sebab dia tidak mahu menyusahkan makmum. Bila angkat takbir banyak kali dan mengulang-ulang bacaan. Namun menantunya, Haji Jamal pula berkata mertuanya sangat teliti dalam mengucapkan tasbih dalam solat dan menghayati bacaannya.
Allahyarham meninggal dunia dalam tahun 1968 dalam usia 63 tahun. Salah seorang cucu beliau bernama Dato’ Dr Abdul Majid bin Mohd Nasir adalah seorang doktor pakar.
Berkunjung Mendekati keluarga Almarhum
Alhamdulillah penyusun dapat menghubungi Dato’ Dr Abdul Majid bin Mohd Nasir untuk mendapatkan maklumat keluarga mereka(3). Beliau memberitau Almarhum datuknya meninggal dunia ketika beliau dalam Tingkatan Satu. Bapanya Mohd Nasir Muhamad Diah dan emak saudaranya Zainiah Muhammad Diah masih ada untuk membantu penyusun mendapatkan maklumat lebih tepat.
Zainiah Muhammad Diah bersuamikan Haji Jamal Abdul Rashid. Mereka memperolehi 8 orang anak. Tiga anak lelakinya semua berkelulusan tinggi agama dari Al azhar, Mesir. Haji Jamal sendiri adalah antara tokoh awal dalam merancang penubuhan sekolah agama As Sofa di negeri ini.
Berikut sedikit biodata cucu Lebai Muhamad Diah iaitu Dato Dr Abdul Majid.
Dato' Dr Abdul Majid bin Md Nasir was born on 20 August 1956. He is married to Datin Sharifah Aluiyah bte Pandak in 1983 and was blessed with seven children. He started his medical study in University of Malaya with a loan and obtained his MBBS in 1983. He furthered his study and obtained his MS (ORL- HNS) (UKM) in 1992 followed by fellowship training in Neuro-otology and skull base surgery in St. Vincent’s Hospital, Sydney, Australia in 1996 under the supervision of Prof Paul Fagan. He had serves as a clinical specialists in Hospital Kota Bahru, Kelantan and as a ORL specialist and Head, Hospital Kuala Terengganu and state visiting ORL surgeon, Terengganu. He is currently the Head and Senior Consultant in Hospital Kuala Lumpur and the Head of ORL Activity of Ministry of Health.
His contribution to the development and training of Malaysian ORL surgeons are numerous. He has been the advisor in national symposium such as Otology, Neuro-otology & skull base surgery ... as it is now (2011), the advisor for the National Registry of hearing Impaired and cochlear implant and Head and Neck Tumours and Reconstruction - basic to advance (2009) to name a few. He is the chairman for development of CPG on Otitis Media with Effusion (2011) and chairman for drafting committee for operational policy: Cochlear Implant service in KKM (2009). He has been the external examiner for Master of surgery (ORL-HNS) final conjoint examination of USM, UKM and UM, the Chairman for the ORL-HNS subspecialty training, Ministry of Health. Dato Dr Abdul Majid is also the reviewer for the Medical Journal of Malaysia (2008).
He was awarded with the title Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) by the Sultan of Pahang in 2011.
Writer: Abu afdhal at tiadat@gmail.com
Comments
Post a Comment