Posts

Lebai Muhamadiah

Pendahuluan   Tokoh ulama Negeri Sembilan khasnya di daerah Jelebu yang ingin diperkenalkan ini adalah dua adik beradik iait u  Lebai Muhamadiah Bin Muhamad Zain  juga dikenali Tuan Muhamadiah Kiai dan adiknya Dato' Haji Tan Ahmad bin Muhamad Zain. Mereka berdua memang bertuah kerana dilahirkan dalam rumah tangga orang-orang alim. Datuknya Haji Muhamad Sholleh Bin Haji Chek Mahmud adalah penghafaz Al Quran yang alim dan pernah tinggal di Mekah Al Mukarramah selama 20 tahun. Asuhan awal dari keluarganya ini telah berjaya membentuk jiwanya dengan keperibadian luhur dan mulia ke atas anak cucunya.   Latar Belakang   Kedua tokoh ulama ini dilahirkan di Kampung Kuala Jerang, Durian Tipus, Jelebu. Bapa mereka  Muhamad Zain bin Haji Chek Muhamad Sholleh bin Haji Chek Mahmud bin Haji Chek Ibrahim bin Chek Musa. Chek Musa pula adalah China Islam berasal dari Kuantung, China. Ibu mereka bernama Haliah binti Muhamad Sholleh yang keturunannya dari Pagar Ruyung, Sumatera.   Dikatakan bapa merek